salam
malam ni adalah malam nisfu syaaban . bermakna ada 15 hari lagy seblum menjelang ramadhan . bulan syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w . banyak ganjaran bagi amalan yg dilakukan di bulan ini . contohnya , berpuasa , mengaji dan berzikir. malam ni jugak , adalah antara malam doa dimakbulkan . Menurut pendapat imam As Syafie dlm kitabnya al-Umm telah berkata :
''telah sampai pada kami bahawa dikatakan : sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam iaitu pada malam jumaat , malam hari raya Adha , malam hari raya Aidil Fitri , malam pertama di bulan rejab dan malam nisfu syaaban .''
so , jomla ramai2 meningkatkan amlan kit pada bulan yg mulia ni . Salah satu amalan yang paling mudah yang boleh kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik :
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”